Monday, April 15, 2013

kesudahan yang baik

assalamualaikum wbt

sehat kah ?
alhamdulillah :) sume sehat kan..

ape khabar imanmu harini ?
makin meningkatkah ? ataupun merosot ?
sendiri reflect




terdetik nak bercerita tentang mati.



semua orang akan menghadapi hari tersebut.
tidak akan lambat mahupun cepat walau sesaat.
masanya akan tiba, cuma hanya Allah sahaja yang tahu waktunya.

tugas kita ?
mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian.

siapa disini yang tak nak kesudahan yang baik ?
waima orang jahat sekalipun takde yang meminta untuk mati dalam keadaan mereka yang sedang berbuat jahat.
but who knows kan, tgh buat benda tak elok.
Allah pun arahkan malaikat Maut jemput roh.
tak terketar2 lutut ?
Allah~

mati.
setiap orang tak boleh lari dari detik tersebut.
diri ini sedang bersiap siaga untuk menghadapi harinya.
tapi..

mampukah ? cukupkah amalan ini yang hendak dibawa untuk dihadapkan kepada Allah ?
Allah Allah Allah.
tgh tulis ni pon terketaq ni.

jawapannya, belum tentu. setiap jawapan ada padaNya.
bersiap sedialah.

amalan pertama yang akan dihisab apa ?
solat bukan ?jika menghendaki pengakhiran yang baik.
yang utama perlu diutamakan.
yang lain boleh dilaksanakan untuk mendapatkan bonus saham akhirat.

[ masing2 ada peta hidup yang mungkin sama, dan mungkin juga berbeza.  tetapi hakikatnya, kita semua menghadapi permulaan dan pengakhiran yang sama yakni dilahirkan dan dimatikan ]





doa meminta pengakhiran hidup yang baik

andai kata aku pergi dulu.
tak banyak yang ku pinta
kirimkan al-fatihah untukku
kerna hanya itu yang mampu membantuku.







Allah, sedih ni.
teringat perjuangan Rasulullah dan para sahabat.
mereka berjuang bermati2an utk islam
mereka mati syahid untuk mempertahankan islam.
memang konfem terpilih. konfem mndapat kesudahan yang baik.

tapi kita ?
belum tentu.

renungan bersama.
salam wbt









1 comment:

Anonymous said...

sentap~