Tuesday, May 31, 2011

kerjaa

As salam pembuka kata.
apa khabar semua ?
cececeyy sejak bile ni oii ?
HAHA

okay hr ni nk cerita yg kedai tmpat aku kerja ni dh tka barang jualan.
b4 jual perfume kan kan ?
bt pg td start setting barang baru..
yg jual barang2 cm comfortr..sarung bantal n etc..
bapak bosan okay !
hari ni takdak sale langsung !
haishhh

plus hari ni HAWA NAKHIAH membantu aku n Nadia Athirah settlekan something.
haha.
cerita nya begini..
smlm ade akak kedai lain mnx tlg aku n nadia cr orang tuk jage kdai die memandangkan pekerjanya minta cuti..
lepas tu.aku n nadia pon menjalankan tugas dengan penuh dedikasi..
cari punye cari..tak jumpe..
then aku n Nadia volunteer nak tlg akk tu jaga kedai..
akak tu pon kasi..die kate make sure jangan bagi 1minit pon kedai tinggal.
SATU MINIT ? hoi gile weyy..banyak beno kedai yg nak dijaga..bkn banyak..due je pon..nadia sampai 3 okay..HAHA

then bile dh bukak kedai akak tu..ktorg pn kire stok..
lepas tuuu..bos aku n Nadia pon tetibe datang..memang buang tebiat betul..
cm tau2 je hr ni aku n nadia nak cr duit lebih. HAHA
then bile dh jd camni memang comfirm2 la xle kulu kilir kt kedai tu..
kdai tu pn bole tahan jao la jugak dr kdai aku n Nadia..

pastu..pikir2..
try la tanye Hawa..then die bole pulok..
n kebetulan Nadia drive hari ni..aku pon hape lagi ? teros suroh Hawa siap then ktorang pg ruma Hawa.
best gila weyy drive kete orang..haha thanks Nad..kasi kebenaran Aisha bawak kete awk..
sek baik tak masuk longkang kan ? hehe :)

so Hawa pon kerja laaa smpai pkul 10 lebey malam cmtu..
Alhamdulillah..hr ni dipermudahkan.
Thanks ye Hawa <3

 

[ Hawa Nakhiah Raman <3 ]

*tadaaa, tu diaaa tmpat die meniaga :D






Saturday, May 28, 2011

wedding kak ejun (sepupu)

yeahh, Selamat Pengantin Baru kak Ejun :)

semoga berkekalan hingga ke anak cucu
*standard sentences. hehe

majlis ni kat Tg.Malim..
mak and ayah gerak awal sebab nak tolong pape yg patut.
n ktorang, kakdah, kakina, abglong, abgcik gerak pkul 11am cmtu..
so total kete 4 + 1(mak ayah punye)
oh best gile ! aku suke gerak konvoi cemni :)

[ ni diaaaa kak Ejun :) ]
*nikah 

[ kenduri / sanding ]
[ anak dara ayah :) ]
*kakina, ayah, esya, kakda

[ they just really cute isnt ? ]
Ainur Fatin Jannah & Ainul Mardhiah

orait til here, buhbye <3

salam


Wednesday, May 25, 2011

JANGAN GUNAKAN SALAM!


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

... Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Saturday, May 21, 2011

HARI PERTAMA KERJA KAT KEDAI PERFUME

hi :)

dah nampak tajuk kat atas tu ?
yeah today is my first day work at perfumes shop.
sape yg tlg carikan ??nadiaaaa jugak..hehhe

err..
keje c 2 tak dela boring sangat..ad wi-Fi..
so bole online !!!HAHA
plus..baju aku ni wangi gile !
macam2 perfume ade jual..and sume tu takda alkohol..
memang pati semata-mata.

harga tak mahal pon,
botol kecik rm10,
besaq rm15.

datang lah ye ke kedai saya di carrefour sec23 shah alam.
:)

Thursday, May 19, 2011

ALLAH tak adil ?

salam, hr ni saya dapat sumting yg best tuk di-share.
same same kte kongsikan :)

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”

*copy and share dari sahabat saya.

Wednesday, May 18, 2011

kebun ayah :)

salam,
hi :) hehhe

semalam kan, ak kan pegi kebun ayah,
haha eh jap.mule2 bkn pg kebun sawet..pg tmpt bela ikan..kat sg.besar..
then br pg kebun dekat slim..+ kampung rasau entah pe tah name die..

niat nak pg sane cume nak tgk ikan kt kampung ayah then trus balek ruma..
then suddenly ayah ubah plan..grak kebun.. ayah suruh ak tinggal rumah makcik..sbb sana bnyk nyamuk..err aku pedulik hape ngan nyamuk kan ?takmo aku tggl..kalu tinggal compen jd cm org tade haluan..haha diam je keje + tade bende pon nak buat kt ruma mkck..

so ak pon tlg lah ayah pg kebun..pg sane sbb nak ayah membaja pokok sawit..
cube bayang kan..kebun sawet tu cmne ? dah la time tu lepas hujan..nyamuk bukan main lagi 'GIAT ACTIVE' mcm dah setaon puase !tangan kaki muke aku sume jadi habuan.haishh

um..ayah bawak kete frontier nissan four-wheel drive car...so memang pehhhh
kene gune gear extra tuk naik turun bukit..
yang best nye,,ayah kasi chance aku drive !!!!
woohooo ! bapak die SEGROOONOK gile aku.

haha mane tak nye, tak penah2 aku bawak kete bosau macam gajah tu since aku dapat license..
keje aku bawak kancil..lagi lagi kancil HAHA tapi manual okay..n kadang2 bwk honda..hadoii..
then suddenly ayah suruh bawak Frontier, kat tempat yg payah pulak tu..tanah tak sama rata..lecak sana sini..so tau tau la senget senget kete tu aku bawak.
bt yeahh, time nak naik bukit tu bape kali jugak laa mati enjin then ayah duk sbelah jadi instructor..
dalam 2 3 kali jugak laa mati enjin, lepas tu br bole drive..
amik kau tayar depan belakang aku pakai..habis lecak tepercik sana sini. HAHA
cool gileee weh !

                                      macam ni ha kebun ayah..tp bkn kete ni aku bawak..


aku bawak kete ni..taraaaa !!!


 pehh hensem gile kan kete ayah ? HAHA




sorry lah, im just too excited, sampai smlm lupe nak amik gamba time tgh drive or kete ayah or kebun ayah tu..
yang ade ni je lahh, tp time ni blm pg kebun..baru pegi tmpat ikan..baju sume masih bersih lagi.
:)


 
[ hi, nama saya Siti Aishah Safiee, tetibe skang saya suke colour purple. cehh tp biru ttp di HATI :) ]


n baju suar ni jugak laa aku gune utk masuk kebun tu, bijak kan ?
well, ni sume unplanned. ayah suke bt kejutan..kate nak pg sg.besar saje nak tgk ikan..
tetibe lps pueh tgk ikan..ayah drive nak masuk kebun. haha
kenangan weh, aku tak kan lupe 1st time tolong ayah membaja kelapa sawit + drive kete ayah.
TAK KAN LUPE !! confem hehe :)


k la, till here. goodnite + salam

Saturday, May 14, 2011

cerita mcD 18

hi..lama gila woo guwa tarak update be-LOG.
sorry ma~

well hari ni saya keluar dengan my buddy.
cik Hawa Nakhiah a.k.a cik Khiah <3

grak mcD lepas zohor, paround 2 lebey cemtu..
dah lama tak jmpe hawa since die masuk f6..
so bile jmpe tau tau la kan ?
HAHA bersembang non-STOP.

bile aku stop, die cerite..
bile die stop aku pulok yg cerite.
so dalam masa yg sama bole lepas rindu kt die..
wuwuwuwuuuu, actually kimmy pn kate nak datang..
tp tak sampai2 sampai laaaa ktorang have to go back home.
balek rumah ptg, dalam pkul 5 lbey cmtu.

err,  act i was a little sad today..
i was a little upset..
but that was at early morning, then bile kuar hangouts ngn hawa..
everything turns to be fine.
oh well, papepon..thanks awak.
harap pe yg awk nak, you will get it soon :)
i'll always pray the best for you, us, and others.

oh ya, tadi pkul 8pm lbey kimmy datang rumah.
die bag something as a birthday present.
aww, choo cuweet walaupun tarikh birthday dah luput.
hehe :)

thanks kimmy and hawa n sume sume la..
<3

till here, salam