Thursday, April 11, 2013

pegang kepala, cer fikir balek.







Sibuk dengan para artis dan hiburan melampau.
Itukah Muslim?

Aurat bukan sahaja didedahkan bahkan dijaja disana sini.
Nama masih Muslim.

Perkataan dan percakapan dihiasi carutan , kotor dan lucah.
Tapi masih mengaku Muslim.

Solat lima waktu juga tidak lengkap 35 kali seminggu.
Muslim? Mestilah Muslim.

Hidup seharian penuh maksiat dan dosa tanpa ada penyesalan dan rasa untuk bertaubat.
Tapi Muslim tetap Muslim.

Langsung tidak menghargai ilmu dan menghormati guru.
Tetap juga mengaku pelajar Muslim.

Jadi berapa peratus nilai Muslim yang ada dalam diri?

Bukan kah title Muslim itu perlu diapplikasi dan dipamerkan dalam segenap aspek kehidupan? Dari buka mata di pagi hari sehingga lelap di malam hari.

Atau peratusan Muslim yang ada dalam diri mungkin satu peratus iaitu pada nama.
Jadi jika hanya satu peratus sahaja yang Muslim masih layakkah memegang title Muslim ?




 



#jangan kerana anda, Islam dipandang rendah
dipandang enteng oleh masyarakat yang menganuti agama lain.

#jangan kerana anda, individu muslim yang lain mendapat tempiasnya.

#jangan kerana anda, Islam difitnah.


~pelihara diri, agama, dan maruah~

jangan jadikan islam hanya pada I/C

ISLAM is the way of life
you cant oppose that reality.

okay chill



haha thats all, do take care guys

salam wbt :)