Saturday, December 31, 2011

Berakhirnya Tahun 2011

Assalamualaikum wbt..
*ehem, tak jawab dosa..

Alhamdulillah ya Allah..atas segala nikmat yang telah kau berikan selama tahun 2011 ini..

lagi beberapa minit tirai 2011 akan ditutup..

mm, nak share kenangan 2011 bole tak ? (;
bole ye ?

rite, mm mane nak start dulu ?
okay on january 2011..time tu baru settle Spm kan ? so hape lagi..enjoy tak ingat dunia dah :)
malam berjaga, siang tido..thats really bad..jangan ikut..
sorry, that time macam rasa nak rest habes..nak gantikan time study for Spm..
time strunggle tu pun last minutes, so no wonder la kelam kabut habes.
just think about it, rasa nak gelak pun ade..

lagi2 time study sejarah..esok paper hari ni br buat revision..series lawak..
setiap hari time exam, i slept at 4am..
tdo tak sampai 3 jam..bangun pukul 6.45am camtuh..
whoaa, teruk betul..tapi alhamdulillah..aku bole ingat ape yang aku study :)
huahahahaha, but AMARAN, jangan follow habit buruk ni..kuikui
or you'll regret..

then pertengahan bulan 3..semua budak SPM 2010 dapat result..
like whoa ? aku ni kalau nervous mule la datang simptom nak ke toilet, HAHA tak bole bla..
pagi2 lagi hawa dah text, suruh gerak awal sebab pn Haslina mintak tolong ;) (die guru kelas 5Ali 2010)
thats great, alang alang bole sembang ngan cikgu..tanya khabar..kan lama tak jumpe ? :)
ktorang gerak dalam kul 8.30am camtu.

[ otw to school..nampak tak muka ketat hawa ? haha she's nervous..trust me ]

[ okay ni muka bahagia hawa, we're helping cikgu susun fail ;) time tu nampak la segala gambar kat fail2 diorang ^^ ]

then around kul 10 , ama text suruh amik die..then ktorg pon btau cikgu nak kuar jap amik ama..
a few minutes later, Pn Haslina call..die cakap ngan nada yang buat ak rase pelik..
" aisha dengan hawa dekat mana ni ? cepat datang sekolah balik. cepat ! "

err, aku pun btau hawa suruh cepat sikit drive, ckg soh ke sekola balek..
ingat cikgu nak mintak tlg pasal fail2 tu, rupanya.. 
nama Siti Aishah Safiee dan Hawa Nakhiah bt Raman dipanggil naik pentas ambil sijil...
tula cikgu suruh cepat tu,
Alhamdulillah, time tu tak ingat ape dah..rase nak nangis..
terus call mak ayah..

antara yang got excellent results


[ kenangan tak kan leh lupe !! ]

then ayah pun suruh apply sana sini..
scholarship la, maktab perguruan laa..mcm mcm..
scholarship memang tak lepas la kan ? result aku bukan hebat sangat..
skrg dah sangat ramai yang pandai2 belaka..fuhh, 

then got interview maktab..
err, ak buat sehabes baik insyaAllah..aku dah cite pasl interview maktab kat entry yang lepas2..
nanti kalau nak tau cr la ye ? aku tulis " interview maktab " kalau tak silap..

mm, bulan 5 camtu, result UPU pun kuar..sume dok sebok cite pasal dapat tawaran kat mane ?
i got UIA, foundation in human Science..Alhamdulillah..
discuss ngan ayah.." nak pegi boleh ? " ayah kate kalau x dapat lain pegi la..
then  dapat kolej politekmara course accounting..wahh aku nakkk !!!

at first ayah kasi, but suddenly ...
"tahniah anda terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Perguruan..sila layari laman web Kptm "
something like that la kan..

bile bagitau ayah mak, Ya Allah bukan main happy lagi..
tak pikir ape, " ha masuk la Ipg tu, susah tau nak masuk ipg"
tapi aku lain, tak nak masukkk !!! nak masuk UIA, tak pun amik accounting ke ?
hm..

tapi nak buat cne, parents must choose the best for us..kan ?
n ak caye, ikut kehendak parents, insyaAllah itu yang terbaik..utk dunia akhrat..

n alhamdulillah, selama masuk kat maktab guru perempuan melayu melaka tu, aku rasa tenang n bahagia :)
kat maktab tu suasana die islamic tau, V nice, V good though..

dalam 5 bulan kat sana..banyak yang aku belajar..macam macam ;)
naik bas sendiri, how to survive kalau takde duit..HAHAHA
cool ^^
kt sana aku kenal ramai orang dari segala pelosok termasuk sabah :)
sume baik2 aku tak tipu..
n alhamdulillah juga result ok..walau tak hebat m like others..
tp setimpal dengan ape yang aku study..
tahun depan kalau study lebih sikit sure result lebih baik iAllah :)

[ sem 1, 2011 ]


okay..mungkin tu je kot nak cerita..
may 2012 come with full of bless from Allah..
and hopefully, it will be better than the previous year..

take care ! salam ;)


Monday, December 26, 2011

Nafsu Muka Buku ?? TERBAEKK !!

Assalamualaikum wbt

taraaaa, hari ni nak share pasai video best :)

lagu Cinta Muka Buku by Najwa Latif telah di"renovate" oleh seorang hamba Allah yang sangat kreatif dan inovatif.

Syabas diucapkan :)

nahh, TRY dengar..sangat awesome !!




ini dinamakan berdakwah melalui lagu..
sama sama kte share pada yang lain, sekarang dah macam macam gaya cara diorang buat untuk memberi kesedaran pada yang lain, seriously memang THUMBS UPP habes dengar :)

salam wbt

Friday, December 23, 2011

Luahan Hati Suami, Sila Ambil Iktibar

Assalamualaikum wbt.

pagi tadi lepas solat subuh terus on9, buang mase.
tapi tetibe jumpe ni..haishh terus buang the thought of buang mase
jom bace..


JAPP, STANDBY TISSUE CEPATT !!


dah ? oke jom !




LUAHAN HATI SEORANG SUAMI saya jumpa kat blog orang....
aku yang tough ni pun bole nangis, inikan pulak korang ? sedih ~



Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

 Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….


sedih tak ?

bile baca , ZAPPP !! tetibe air mata meleleh..ya Allah




Rasa sedih dan Sebak bila baca, nampak betapa insaf nya hamba Allah ni..tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever by richard mark.
SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN HAMBA INI..Amiin


P/s : kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)



MEN OUT THERE, PLEASE BE NICE TO YOUR WIVES.
* kau pabila sudah menikah, kau wajib melayan isterimu dengan baik walau cinta tak berputik.


#copy paste

Salam wbt


Thursday, December 22, 2011

Kancil Vs Van

Assalamualaikum wbt

today i got new experience which i never ever thought about to happened..
fuihhhhh

Kancil Vs Van ?
what does it mean ? HAHA kancil main lawan lawan ngan Van ke ?
# okay kidding

err tadi aku eksiden .. whoaa
glemer betul aku bile terbabit dengan langgar langgar ni..
but ofcourse this is absolutely not my fault.

the story began somekind like this :_

around 2 pm aku bawak kancil and on the way to library Shah Alam kt sec13 tuh..
niat aku nak pegi library sebab nak bawak budak budak ni ha berjalan..
dorang nak sgt pg library
tadaaaaa ~~!

[ bahagia sebelum eksiden ]


this eksiden happen kt area kedai section 23..
while im driving, i saw 1 van were reverve the parking..and the van was entered the opposite way..
paham tak ? okay bi terabur tapi takpa. practise make perfect.

okay continue, van tu die undur tapi die tak undur bebetul..die undur tapi masuk jalan bertentangan dengan jalan sebenar..well, time tu pulak aku ingat die nak bagi jalan sebab aku di jalan yang benar, manakala die pulak tak reti undur kereta sampai masuk lorong bertentangan..time aku dah dekat ngan die aku pon bawak slow..kot kot die nak masuk balek kat jalan yang betul..but still, die tak berganjak..entah ape si driver buat kt dalam van aku pn tak tau..
tengah2 aku lintas tetibe van tu die gerak laju je ke depan..
pastu BUMMM !! tekejot aku..die langgar aku ? biar betul ?

aku pon hape lagi, terus mebulatkan mata pandang driber van tu sambil tangan aku buat signal supaya die stop..die pon paham. trus bawak kete benti depan keta aku..

as she stopped the van, aku pn trus kuar keta..then suruh anak buah aku kunci kete dr dalam..
kot kot tgh gabra tu ade pulak orang nak merompak..aku tengok ape yang die langgar..
mak OIII, kemek ?!dah kemek, calar abes pulak tu..
weh gabra abes da time tu..aku guna kete orang kot..hishh

driber van tu pon kuar, die kata
" adikk, kenapa adik lalu tadi ? "

dalam hati " laaaa, india rupanya haihhh, naseb baik perempuan "

then aku tanya dengan confident dan sedikit lantang " you ada tengok side mirror tak tadi ? "

die kata sambil tergagap " i , i, i tengokk laa "

aku jawab " kalau you tengok, kete i takkan jadi macam ni " sambil tunjuk kemik kat sisi pintu depan.

the die diam, dah tak tau nak ckp apa kot..die kata
" okay lah, you pigi buat police report, nanti biar insurance bayar you "
adoihh senang gile die cakap, aku rase macam nak nangis tengok kete kancil tu..

mm, then aku call kak ina, abgpis n mak..sume tak angkat..ade meeting laa..taklimat laa..
so " aku kene settle sorang la ni ? " pehhhhhhh ~

then aku mintak no phone die, no plate..n aku mintak IC die skali..
aku tanya die nak settle cmne ? settle luar atau polis ?
die kata, suruh report okay no hal .
then settle bab tu..
aku pon continue perjalanan pegi library dengan kereta kemik HUAHAHAHA
along, (anak buah) ask me :
" acu, acu tak malu ke sebab bawak kereta kemik ?"
dalam hati aku .'siot punye budak'
aku jawab " tak lah, buat ape acu nak malu..haha , along malu ke ? "
" a'a, along malu la sebab keta kemik "
" kalau malu jom kita balek ? "
bebudak ni kata " taknak lah acu, nak pg library.. "

[ cecehh habes khusyuk la tu ?]
<< along >> angah << acik >> 

[ otw pulanggg ]

after maghrib i went to police station to make a report..siap kene jumpa sarjan la bagai..untuk bagi keterangan yang lebih detail.
aku yang kene jumpa sarjan, akak aku pulak yang nervous to death..siap nak pg toilet. haha kelakar..
then aku pun bagi keterangan..ingat sarjan tu garang, muka nak ketat je..
skali dah habis explain, ade sembang sembang sikit then die ade buat lawak..
tp aku lupe, haishh.

pastu sarjan tanya aku blaja mane, aku jawab " melaka "
" melaka kat mana ? " aku jawab " durian daun "
" ohh tu kampung saya tu, sambil gelak HAHAHHA "
habes goyang misayy die, comelll kuikuii
while he's writing the report, sempat lagi die cerita pasal pengalaman die jd polis..
aku dengar dengan tekun walau tak paham mana. well, bagus jd pendengar aku ni :)

bile die dah habes cite..then aku tanye,
" kalau kes mcm ni consider salah saya ke ? "
" kau ni, kalau macam ni bukan salah kau. ni bukan kes pasal undur parking ke apa..tapi gagal mengawal kenderaan dengan baik " jadi consider salah india tu "

okay, pakcik sarjan memang TERBAIKKK !
gila sempoi, siap ber " kau saya " ehh..haha
bile aku kuar dr bilik sarjan, aku senyum..orang yang tgh tunggu kt balai tu pun buat muka pelik.
muehehe, biarlah jadi rahsia antara aku dan sarjan dan pembaca beh-LOG ni kuikuiii

settled ! Alhamdulillah, so far dipermudahkan Allah.
Alhamdulillah juga Allah beri nafas lagi untuk aku jadi hamba yang bertaqwa iAllah.
n Alhamdulillah juga sebab anak buah aku semua selamat, takde injured pape pon..
siap bole ketawa lagi sebab eksiden..haha

and this is my first time went to balai polis. dan kes tu melibatkan aku sendiri..
pengalaman beb, pengalaman yang mendewasakan diri yang lemah ini..
yelah, bab langgar, bab nak handle ngan driber van tu..n sekali jugak ngan police report.
All is by myself, cuma time pg balai polis, kakda n kakina n abang piz hantar.

to Kak Ina & Abang Piz..esya mintakk maaf ><
tak pasal2 jd cmni..
" tapi bukan salah esyaaa " haha
#okay joke ! ni kira satu cubaan dan pengalaman untuk diri yang lemah ni..
lepas ni esya promise akan bawak lebih berhati hati, YA !!!

nak tengok kete nye > ni ha ~



truk ? ke tak teruk ? papepon, ia telah mencacatkan kereta comel yang bernama kancil ini..


nasihat aku :_

kalau korang terlibat dalam pape kemalangan, tak kira korang bersalah atau tak..
jangan lari, be matured..berhenti kejap..
tapi kalau mangsa hanya seorang perempuan dan pelaku ade ramai lelaki "BEWARE "

then bawak berbincang baik baik..tanya kenapa bole cuai ni ? buat lah muka sikit..
kalaupun kau kaya, kau mampu nak repair kerosakan, jangan mudah ambil enteng benda2 mcmni..
takut orang lain pulak jadi mangsa kecuaian si pemandu yang lalai tu..
so..kau tanya die..nak settle macam mana? settle sendiri atau using police ?

then amik no phone, no plate dan tak lupa IC
no phone you call instant and make sure thats the exact his/her phone number.
kalau bab IC, even if orang tu dok sebok sebut ni number IC i..
" 512839-21- bla bla blaa" 
kau potong then cakap " bak sini iC kau, aku nak tengok "
then kau salin sendiri iC die..kadang kadang bole je die duk reka nombor2 penting tersebut.
jadi, AWAS ! 

#ceceyyy shaa, kau baru skali eksiden nak eksion !! 
tak, bukan aku nak eksion, kang jadi kat kau tau laaa cne !
nak amik, amikk..tak nak dah . Settle. mudah bukan ?

okay, buat masa ni tu je kot yang mampu aku celoteh..
ni coretan kisah benar bukan dibuat buat.

sekian daripada saya, 
berita dari Siti Aishah Safiee

Salam wbt


Wednesday, December 21, 2011

Bersenamlah wahai kawan, makcik, dan pakcik.

Hi, dan Assalamualaikum semua :)

mula mula, kene senyum sebab bila awak awak semua buka blog saya,
awak awak semua kene tukar mood.

i dont care before you got hurt by someone then tetibe bukak bloq saya awak awak semua nak continue emo..
no no, Put them aside and Senyum ! tak perlu kata apa apa , ahaks
#okay merepek

you see the title ? tajuk kita hari ni bersenam.

ya Allah, pada zaman moden ni bukan main ramai lagi yang tak pentingkan kesihatan.
patutnya, bila zaman moden, orang akan lebih tingkatkan kualiti kesihatan memandangkan banyak yang sedia maklum tentang implikasi tidak menjaga kesihatan dengan baik.

kalau dulu, boleh consider sebab teknologi kita sangatlah tak maju. bukan TAK, tapi KURANG MAJU.
sekarang ? macam macam teknologi dah ada dan diperbaharui..tapi yang peliknya, dulu walau teknologi tak secanggih kini, mereka masih mampu menjaga kesihatan dengan baik.

ini adalah kerana faktor mentaliti yang berbeza.

tapi sekarang..mentaliti orang dahulu dan sekarang dah berbeza kerana faktor perubahan zaman..
actually, we can get lots of informations through internet, phone dan macam macam lagi..
artikel kesihatan punya lah banyak, majalah , surat khabar, tv..
banyak kan ? kita je yang tak sedar. tup tap tup tap, jatuh sakit.
kan susah ? sape susah ? diri sendiri jugak kan ?

so, better dari awal kita jaga kesihatan.
apa orang kata ?

' prevention is better than cure '

faktor utama idea menge'post' entry untuk kali ini adalah kerana :_

lately aku berjogging kt tasik di Shah Alam..entah kenapa baru sekarang terpikir nak post sedangkan dah lama da fikir nak tulis di blog..Maaf..
mm, almost everyday juga aku jogg..
kadang kadang dengan Hawa n Amalina..kadang kadang sorang.
tp pagi tadi i bring along my nephews..

ni ha budak nye ~


[ along angah acik dan adik ]

so aku pon jogging la dengan budak2 ni, seronok :)
disebabkan today is weekday so there's just a few yang keluar berjogging.
tapi kalau jogg weekend pun tak jauh beza, cuma ramai budak main kt playground..
kalau yang jog..mostly i saw chinese people. they came along with their family. 
nampak sangat bahagia dari besar sampai kecik berderet berlari. comel :)

orang melayu aku jarang jumpe, kalau ade pun orang muda.
abang abang kakak dan adik adik..yang tua sikit aku jarang jumpe..

so dapat dilihat disini bahawa orang melayu memang kurang menjaga kesihatan.
you can say that i judge people only by seeing this way ?
NO, theres a lot of evidences shows that Malay people dont care much in their health..
tak caya cube try pg tanya doktor, jumlah pesakit yang obesiti pon Melayu lagi ramai compared to other nations. betul tak ? 
bile makan memang tak ingat dunia, sampai diabetes bagai..tak boleh macam ni.

bile makan kene control. PERLU CONTROL.
jangan nak pelahap sume, tapi bile makan depan boypren girlpren bukan main lagi ehh..sikit semacam.

now let see kalau tanya kenapa tak bersenam ? 
orang kata sebab takde masa ? betul ke? berapa sangat lah it tooks for exercises ?15 - 30minutes je dah cukup..dari on9 dari pagi ke petang tak henti2..
orang kata sebab leceh nak pagi tasik, are you sure ? kat dalam rumah pun boleh ape buat senaman ala ala jogging..such as skipping, kawan aku si HAWA tu selalu je buat..

kau jangan banyak songeh, kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih..

kite orang melayu kene ada kesedaran.
sape lagi nak tolong kalau bukan bermula dari diri sendiri ?
perhaps kalau taknak jogging sekalipun, boleh bersenam cara lain..
tapi aku tengok, mentaliti orang melayu ni pelik sikit, ntah apa yang pelik aku pun tak tau..

okay takpa, sama sama kita buat perubahan..
mane yang jarang bersenam tu, cube try once per week..then improved twice a week..
then try buat hari hari, selamat mencuba :)

Maaf untuk segala kekhilafan diri yang lemah ini..
Semoga bermanfaat untuk semua..

As conclude, Bersenamlah untuk Kesihatan & Kebahagiaan diri sendiri, tidak lupa juga buat orang yang tersayang :)

Salam wbt.


Tuesday, December 20, 2011

Makk ! i LOVE you !



err nampak title sure dah faham utk sape :)

umm, i just finished helping my mom at the kitchen..
die nak buat kuih gelang, this late of the night, sanggup mak ?
ya Allah, dengan muka penat n ngantuk nye.

she dont even ask for my attention nor my help, 
die pg dapur senyap senyap n uli tepung and ubi keledek sorang sorang,

mak ni, ishh 

sedih, walau mak penat tp still nak buat kuih,
ayah yang suruh, ayah nak makan kuih gelang tu..
so walau mak penat cmne skali pun, mak still pg dapur terus uli tepung..
tapi bukan nak goreng malam ni pon, just siapkan je.
sbb mak kate kalau buat esok, takut ubi tu mcm rasa lain..

aku ni plk lembap gile timing nak pg dapur utk basuh tangan, hishh ~!!
last min baru tolong, sbb br tau mak kat dapur buat kuih..SORRY makk ..

mak, YOU ARE MY IDOL !
nanti kawen nak jadi macam mak eh eh ? 
yang sangat taat pada suami, 
tersentuh tgh cara mak tadi, sungguh !
ni bkn kali pertama, tp berulang kali mak selalu buat something yang aku rse sngt tersentuh utk ayah.

bagus nye makk :) nak jd macam mak :)

patut lah ayah happy je dengan mak, hehe :)
sayang mak ayah, sangat !
Ya Allah, aku bersyukur, sungguh bersyukur kerana mengurniakan ibu dan bapa yang sangat aku hormoti dan yang aku cintai. Terima Kasih Allah.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Saw.



وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil


dan benarlah sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu .

Sunday, December 18, 2011

Hi , ehehheehehe

First : Assalamualaikum wbt

Second : hehe sorry bro lama tak update ^^ 
[ senyum tak bersalah ]

okay, semua sihat ? mesti sihat kan kan ? :)

aloloo, kenapa tu ? jangan nangeg !rindu sangat keh ? aloloo aloooo buruk nye muke die HAHA

briefing ja tu, tak lawak ke ? heshh kalau tak lawak sekalipun, gelak la wey, tua kang baru tau ;P

kui kuiii amacam bulan disember 2011 ? best ?lagi lagi budak skola, 
bukan main lagiii na~ cuti, kelua sokmo la kan ?
amboiii kelua kelua jugak, jangan lupe diri dah ,,

ni update bloq pon sebab disuruh oleh cik khiah, HAHA
ye lerrr, ore nak update la ni ..

btw today i ve learnt something new, haha
belajau cmne nak pegi Jalan TAR dengan menaiki tren, okay kelakar ?
tak kan tak kan ? heh

ore baru belajar la bro, sbelum ni pg ngn parent atau mak ayah nek kete..
tak pnah dibenarkan keluar dgn kawan. 
kalau nak keluar area shah alam, pegi balek dengan ayah atau abang atau kakak, sigh~

tapi tu dulu, b4 Spm, skrg nampak nye mak ayah dah kasi berdikari,
nak drive pg mane mane pon dah tak mara, they already trust me. Alhamdulillah
kalau dulu bkn tak caye, just they are too trammel on me.
orang kate ape ? aku ni macam 'katak bawah tempurung'
boleh kata banyak benda aku tak tau pasal mende2 latest ni..
so skrg tgh belajar sikit sikit psl dunia, try jalan n berdikari..
pegi balek sendiri, tak cukup duit tak payah beli..
ha, nampak matang kan ? HAHAHAHA
*sikit la

hm, td pegi jalan TAR dengan hawaaaa..
she used to be my instructor. haha 
instead of being my instructor, she also used to be my advisor.
haa, banyak kan tugas die ? hesshhh she s great !
berjalan berdua dari shah alam ke kuala lumpur.
satu benda baru untuk diri yang lemah ini, 

quotes yang paling sesuai untuk hari ini >> 
feels so great, dapat habis duit


HAHAHAHAHAHA, 
but im Happy though, syukran jazilan to Hawa for always be there for me :)
Kamsahamnida * Thank You <3

muehehehehehe bye 
:)