Saturday, August 20, 2011

Rebut peluang pengampunan di malam Lailatul Qadar




Dato' Dr Haron Din

Ramadan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Ia merupakan anugerah Allah kepada insan muslim agar mengambil kesempatan daripada kedatangan Ramadan dengan memperbanyakkan kerja taat kepada Allah untuk memperolehi anugerah tambahan-Nya atau bonus agung-Nya dengan menjanjikan Lailatul Qadar yang biasanya akan jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir.

Mungkin inilah yang disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang bermaksud: Alangkah hairannya, bagi orang yang dianugerahkan umur sehingga selesai satu Ramadan tiba-tiba ia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.

keampunan itu merupakan satu anugerah yang dijanjikan kepada orang yang benar-benar menjadikan Ramadan sebagai bulan ibadah khusus kerana Allah. Di samping mengharapkan keampunan.

Nabi juga pernah sebut dalam hadis: "sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya."

Lebih khusus daripada itu, kita lihat kepada tarbiyah yang ditarbiyah Rasulullah kepada umatnya menerusi satu hadis sahih.

Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah, sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Ampunkanlah dosa saya."

Tarbiyah yang dimaksudkan itu dengan meletakkan pengharapan yang begitu tinggi, agar kesalahan, ketelanjuran atau kesengajaan, Allah akan terima pengampunannya pada 10 malam akhir Ramadan, akan diampunkan dosa.

Jelas kelihatan bahawa yang amat perlu dipohon kepada Allah ialah penghapusan dosa dan bukan kemanfatan duniawi seperti memohon kekayaan, kemenangan menghadapi musuh, kehebatan dalam kerjaya atau apa sahaja yang namanya hambatan dunia. Semuanya itu tidak penting berbanding dengan keampunan dosa.

Kerana jika diamati akan ternampak kehebatan pencapaian manusia dalam kehidupan ini bukannya kejayaan bersifat sementara.Kehebatan yang agak sementara, akan tetapi kehebatan Allah dengan penghapusan dosa adalah suatu impian dan pencapaian yang begitu tinggi kerana itulah maka fokus utama setiap muslim ialah hari-hari akhir 10 malam ini.

Menjadi satu fokus ke arah meletakkan nilai diri insan yang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Sekiranya matlamat keredaan Allah itu sudah dicapai, maka tercapailah kemuncak daripada tujuan sebenar manusia ini diciptakan Allah yang akhirnya kepada Allah sahaja tumpuan hidup semua makhluk bagi mendapat reda Allah.

Janji-janji Allah pada hamba-Nya

Ramadan juga merupakan bulan muhasabah untuk kita melihat sekadar mana daya juang kita dalam menangani cabaran penghidupan khususnya cabaran untuk menanggung dan menyempurnakan amanah Allah yang telah dipikulkan ke atas mereka suatu tugas untuk martabatkan agama Allah melainkan dengan usaha berterusan mengharungi suatu perjuangan menentang segala halangan bagi meletakkan kegemilangan Islam di tengah penghidupan yang semakin mencabar.

Lebih-lebih lagi di hari-hari yang sedang kita lalui ini. Di mana umat Islam seolah-olah dijadikan mangsa kepada kegelojohan musuh-musuh Islam yang dari dulu mencari peluang untuk mengganyang umat Islam.

Suasana akhir-akhir ini, selepas tragedi 11 September 2001 seolah-olah menghalalkan untuk mengambil apa sahaja tindakan ke arah pengganyang umat ini dan sekaligus hendak membenarkan Islam itu dari terus wujud di maya pada ini.

Tetapi yakinilah wahai saudara yang seagama denganku bahawa Allah telah menjanjikan suatu 'madah' yang akan menjadi perangsang untuk pejuang-pejuang Islam khasnya di akhir-akhir Ramadan dengan ayat Allah yang bermaksud : "mereka itu musuh-musuh kamu hendak menghapuskan cahaya Allah, agama Islam dengan pelbagai usaha mereka tetapi Allah tidak membiarkan mereka berbuat demikian, dan Dia (Allah) akan menyempurnakan agama kamu dan memenangkan meskipun dibenci oleh orang-orang musyrikin."

Janji-janji seperti ini jelas diterangkan dalam al-quran seperti dalam surah Annur ayat 55 yang mafhumnya : " Allah berjanji dengan kamu yang beriman denganNya. akan diangkat mereka menjadi khalifah (pemerintah) seperti mana Allah telah mengangkat angkatan-angkatan sebelum daripada angkatanmu pemerintah bumi Allah dan pada ketika itu segala perkara huru hara yang berlaku akan digantikan dengan keamanan yang sebenar. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutuiNya. Dan sesiapa yang tidak percaya dengan janji sedemikian itu, mereka itu ialah orang-orang yang fasiq."

Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadan hingga mencecah menemui awal Syawal.

Pun demikian keseluruhan umat Islam mengeluarkan kewajipan fitrah mereka pada beberapa hari terakhir Ramadan. Hampir berlaku orang yang semata-mata sengaja tidak tunggu kedatangan syawal barulah hendak menunaikan kewajipan zakat fitrah.

Amalan mengawali membayar zakat fitrah adalah petunjuk kepada wujudnya ibadah 'maliyyah' walaupun sedikit tetapi seboleh-bolehnya pengorbanan harta ini dibuat sebanyak yang mungkin bagi mengejar ganjaran yang sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi jika sekiranya pengorbanan harta itu dilakukan pada malam Qadar atau setidak-tidaknya berlaku dalam bulan Ramadan.

Maka semuanya itu menyaksikan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang cukup beruntung memanafaatkan kedatangan Ramadan dengan amal-amal yang berguna untuk diri kita khususnya di saat kita menemui Allah di hari akhirat nanti.
 
 
# copypaste

Thursday, August 11, 2011

Aimi Amiruddin aka kimmy aka mimi aka kim aka...haha


assalamualaikum, pengumuman ..
hari ini adalah hari kelahiran utk sahabat saya iaitu ...
tett, aku dh tulis kan kat atas tu ? so toksey tau dah. haha
joke ~


kimmy,

Happy Birthday !!

<3 semoga panjang umur,
<3 murah rezeki,
<3 jadi anak solehah,
<3 success dunia akhirat.

sorry la, setiap tahun awk dengar mende same je kuar utk wish awk..
wakaka, but..i likeeee :D

kimmy, for time being kte berjauhan, jangan dilupakan sahabatmu di sini.
cewahhh, nanti dpt banyok presents..jgn lupa akan manusia yang menaip coretan kisah ini..
hehe, i miss you la kimmy..
bile awk nak bagi kte merasa awk drive ?
lesen dh ade, excident dah penah..tapi kte ni tak penah2 lagi awk jemput bawak jalan :P
haha tak lah, gurau..
tape2, take your time ye Mimi Miruddin :)

oh lupe..sorry tak dapat wish kat depan depan haha.
nak wat cne..dh time birthday awk time ktorg sume tak balek..
adoiii, sorry ye.

nanti kte hangouts tau tau ? rindu korang :(
err, hw i wish you guys could stay with me right now..
waaaaa..hipertension sudaa di sini..
haha, banyak nak cerita..and kite banyak nak dengar awak berceritaaa.

k, la mi..otak kosong. tak tau nak cite ape lg . hehe
take care awk.
love you more and more.
miss you choo choo much my mechanic <3

haha mechanic basikal :D

 tengok tu,,kalau die becerite memang cenggitu :P

although macam blurr, bt still saya nak letak.
miss you guys, sangat sangat <3








Saturday, July 30, 2011

Home Sweet Home (:

alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan Kurnia-Nya dapat saya pulang ke rumah dan bertemu dengan keluarga tersayang :)

sangat seghonok dapat balek..
rindu gile kt mak ayah n lain2..

nak kongsi sumthing..
gini, a week b4 aku balek, ak text my mom..

aku  : bu, suddenly esya rindu nk makan tomyam n bubur jagung mak :(
mon : nanti time balik iAllah.

hehe sweet kan walau aku tau tak la sweet sngt. :/
bt fr me dah cukup shuweet you know ? :D
okay sambung cerite, aku amik bas melaka-shah alam pkul 2pm
smpai around 4.15 gitu..
ayah da standby kt bus-stop kul 3.30 lg..sian ayah..
sorry ye ayah sbb lambat.

bile kate sorry kt ayah sbb lambat, ayah jwb..
'takpe, bukan esya yg lambat, bas yg lambat.
haha aku pon gelak. ^^

smpai2 rumah trus peluk budak2 kecik. rinduuu wooo
and berita baik..
anak buah aku kenal aku..HAHA
actually im just afraid dh 3 mggu tak balek rumah, Ainur Fatin Jannah lupe kt acu ni yg molek ni.
heh~

lepas puas sayang dorang, ak pon trus p dapoq.
skali bukak tudung saji..dah sedie bubur jagung.

aku pon, 'WOW'

terus jerit, bikkkk sape buat bubur ?
bibik kate mak buat.
aku pon melompat la, yeyeyeyyeye, gile macam budak2..
haha

malam tu senanye family aku buat mkn2 siket, kire abgcik, abglong kak ina sume turun ruma mak.
lepas mak n kakina balek keje..
dorang pon masak lg..
mak buat tomyam, kakina buat ayam masak meraa.

ya Allah, rse cm nak nanges..
lepas tu kan ? hati aku ni memang dh terdetik nak beli Secret Recipe..
ttbe kakda balek bawak cake indulgent.
mak oi..rezeki weyy.

alhmdulillah, time aku balek ni sume mende yg aku nak mkn dah terhidang betul2 malam lepas aku balek tu.
syukur, terima kasih ya Allah.
i LOVE you ya Allah :)

oh lupe, skrg ni tgh blajaq nak buat ayam masak mera.
haha penat mintak petua mak n kakina.
blajaq ni pn sbb ade org request.
okay i'll make it fr you, special punyaa :)
iAllah. kalau tak dpt tahun ni, tahun depan ye ?
HAHA

orait till here, Assalamualaikum

Friday, July 22, 2011

malang ada bau ~

pelik sungguh titele kan kan ?
ah lantok ler..

hr ni hari jumaat. and hari ni hari agak bahagia bg aku sbb x bnyk class.
tp kan ..tp..
walau tak bnyk class tp asgmnt dh banyok.
plus td time ade actvt seni dan kebudayaan..
tgh2 jalan tetibe aku jatuh.
adoiii, saket wey. ak dah malu..
tkt ade yg TERperasan..
bt thanks la kan tade yg perasan..
err lantai ctu licin kot..tu lah jalan nak pantas je..kan dah kene ~!

heheheeee ..

dah jatuh tu..mak oii saket die toksey cite la..
gedebukkk jatuh cm cempedak basi.
lepas beberapa minit terduduk dan tidak berganjak dari tmpt asal..kwn aku tegoq.

'aisha, knp kau duduk citu ? kotor laa'

aku mampu sengeh je, ade ke die kate cmtu ?
haha lawok je.
up until tau still rse saket nye. terus lebam kot..
plus lutut ni cm terseliuh la pulok..
time solat br terasa saketnye.
haihh, Ya Allah..sembuhkan la sakit ku ini..
kt ipg ni kne pkai kaki je..klu saket abeh laaa aku :(

err, tu je kot nak citee..
oh lupe..mlm ni ktorg dijemput utk memeriahkan Forum Perdana kt melaka.
Yeayyyy ! akhirnya dapat kua ipg..
:D

dan, esok sabtu.. cuti yeyyyyeee !!
bole la merehatkan minda

mesti korang malas nak bace pnjg2 kn ?
yelerr aku nak stop laa ni. haha
k takecre awk awk sekalian.

as salam :)

Wednesday, July 20, 2011

duhai assignment ~

as salam,
la ni kat bilik makmal ict..
lecturer takda..tp beliau meninggalkan kami sehelai kertas yang bertajuk
' Kerja Khusus Ict '.
waduh waduh..
assgmnt lain tak siap lg..dapat pulak yang baru..
haha

plus, oleh kerana lecturer takde..kami sume buat class mcm rumah sendiri..
kepoh gile wey. haha

mm, ape lg nak cakap ?
oh nk bitau yang..
rimdunyeee rumah :(
bile nak balek ni ?

k.laaa till here..
doakan kesejahteraan saya dan yg lain :)

take care..
bye ! ~