Tuesday, July 20, 2021

EIDUL ADHA 2021 (10 DZULHIJJAH)

 Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan merasai kebahagiaan bersama keluarga tersayang.

Assalamualaikum sahabat sekalian

Lama dah tak singgah ber-blogging.

Harini baru lah duduk betul menghadap laptop dan sempat lah nak menulis

Semoga semua sahabat dalam keadaan sihat sejahtera.

seperti yang semua sedia tahu, 

Disember 2019 sehingga kini..Covid-19 melanda Malaysia bahkan seluruh dunia.

dalam tempoh ni lah, rakyat Malaysia merasai perkara yang baru.

PKP, PKPD, PKPB, PKPP..

Tahun ni paling dasyat!!! Sehingga Julai 2021 kes harian meningkat sehingga 13K sehari!

Allahu..berdoalah semoga Allah angkat covid-19 daripada muka bumi ini.


So sebenarnya raya Aidil Adha ni kami beraya di Shah Alam sahaja, sebelum ni setiap Aidil Adha di kampung pasir (rumah mertua). Tapi tahun ni tak dapat balik.
infact, daripada bulan 5 tempoh hari memang kami stay at home sahaja.


After our family almost semua positive covid (will share next post)

Kami memang tak keluar ke mana kecuali jika perlu, untuk beli barang, urusan penting dll.

so here we go, nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Indahnya Eidul Fitri kerana kemaafan,

Indahnya Eidul Adha kerana pengorbanan.

Up sikit gambar raya, even tak beraya bersama mertua..mereka tetap di hati sentiasa :)



(Simple poster from my little family to yours)


(Me & Encik Suami)


(Uki, Ayah, Mak, & Abg Ngah)
p/s : Uki still not married yet. i guess, girfren pun dia tak ada! >,<
fokus kerja sangat adoiii haha

(Aisha with her forever beautiful mother :)


( My parent in law with anak buah hihi, missing all of them so much )


(Mak, yong, iyah, adik, bapa)
tak lupa, our newly baby in the house Durrah Khayla, Fathi & Syifa Ulya

okey thats all for now
Assalamualaikum, Allah Bless you <3


Tuesday, December 1, 2020

NEW POST OF 2020

 Bismillah,

Alhamdulillah.


Segala puji bagi Allah, yang Maha Mengetahui Setiap urusan hamba-hambaNya


Fiuhh~tiup habuk kat screen >_<

lama dah tak update bukan bermakna aisha lupa.
tapi sebab lupa password !


semalam sempat godek-godek, suami pun cerita..

sebelum kenal aisha, dia dok search nama aisha Safiee through the internet.


some how, dia jumpa "All Mine" dan terus usha usha from here.

Ahahaha, i was like HUH? dia nak kenal aisha bukan tanya ke apa, tapi kenal indirectly daripada sini.


kelakar, tapi itulah realiti sebenarnya.


kita nak menulis jangan tulis yang tak baik.

nanti karang bakal suami dok baca, jadi terus tak berkenan.


tapi kalau nak menulis, tulislah yang daripada hati supaya yang membaca juga terkesan dengan hati.

harini menulis sambil anak-anak di sisi. 


tak sangka, blog ni masih ada dan masih boleh diselamatkan :D

(happy me!!!)


thats all for now.

semoga yang membaca sentiasa dipermudahkan urusan dan terus istiqamah dengan jalan kebaikan.


assalamualaikum :)



Monday, May 22, 2017

R U A N G .

20 05 17

Antara nikmat yang Allah pinjamkan buat saya.
syukur, alhamdulillah 😇
Pinjam beliau lagi untuk menempuh hidup yang mendatang.  limpahi sakinah mawaddah warahmah buat bait muslim ini.
pelihara hubungan ini hingga ke Jannatul FirdausMu.
jauhi dari prasangka dan hasad, amiin.

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Then which of the favors of your Lord will ye deny?

Sayang krn Allah ❤

Tuesday, May 2, 2017

A Day to Remember | Posting 💚

Alhamdulillah,
penempatan posting dah dapat

SK SEKSYEN 20, here I come
😉😁😄

moga dapat menabur bakti kepada anak bangsa,
moga diri ini bermanfaat untuk ummah.

ya Allah, rasa maluu..hadiah apakah ini ?
terima kasih Allah, untuk hadiah yg indah.
tarikh ini akan dikenang
debaran pagi hingga tengahari sebelum surat penempatan diberikan akan diingat selamanya.

syukur atas nikmat.
dan disebalik semua ini, pasti ada hikmah yang tersembunyi

esok mula bertugas, may Allah ease! ❤

Saturday, April 29, 2017

25 04 17

Before i am a wife, i used to celebrate my birthday with my own self.  because its only me in my family which is aprilian.
Celebrate pun kekadang je dengan family sebab sebelum ni study kat Melaka. and yes, usually on my special day we 'geng datins' will treat each other HAHAHA gitteu. pastu memasing check elaun cukup tak nak berfoya-foya outing 😄😄😄

back to the topic hee
but, after the status changed, my partner has
the same month as me yeay
so ade kawan (: cuma i am 16, but hes 25 😀

Buat yg disayangi kerana Allah ❤

Happy Birthday !
always be happy, dont easily get stress okay ?
may Allah bless you,
guide and ease you,
also grant you jannah inshaAllah

May Allah bless our marriage with sakinah, mawaddah wa rahmah inshaAllah.

thank you for always be kind, honest, concern, and most important for become a good husband.

i love you to the moon and back 😊
Happy birthday dear

tulusly
aishaSafiee
Your super awesome wife 😛😜

ps: hes not here, kedah mari~
Allah sebaik-baik penjaga 😭

Wednesday, March 29, 2017

Ke dua bulan dah ya ?

Bismillah walhamdulillah,
segala puji dan kesyukuran di panjatkan buat Allah yang Maha Esa, Maha Berkuasa atas sekalian makhluk.

☺☺😊😊☺☺
Cerita dua hari lepas. nak update blog asyik terlupa aje.

so whats about that day?
taraa~ 27 Mac 17
2 months already Allahuakhbar.

dalam kereta berebut biskut dengan encik somi, alih-alih dia dapat n dia suap.
'selamat ulangtahun ke 2 bulan'

ahaks. ingatkan salah tarikh. rupanya i am the one yg forgot about the day.

maafin ya bang~
and yes 2 bulan dah kita yeeee-huuu (someone)
😜😝

moga Allah limpahkan sakinah, mawaddah wa rahmat inshaAllah.
moga Allah naungi bait muslim dengan limpahan keberkatan dunia dan akhirat.

sayang abg, krn Allah
❤ aicehhhh malooo


#ZaAish

Sunday, March 19, 2017

Further Master

Today i start my master

encik suami hantar, dan bermula adegan yang buat saya malu dengan suami sendiri
ahahaha, *sakit perut*

bismillahi tawakkaltu a'lallah.
moga Allah terus pandu bersama RahmatNya
☺

Monday, March 13, 2017

Hati

Berpegang teguh.
mudah jauh hati tanda adanya kelompongan pada hati.

maka, berhati-hati.

Tuesday, February 28, 2017

Selamat petang~

20 02 17 | Isnin 1815 | Pusat Komuniti Lembah Pantai

Assalamualaikum,
harini genap 25 hari menjadi isteri.
ceritanya bilamana inche suami nak keluar exercise, dan saya punyai tahap kemalasan yang tinggi untuk turut serta bersenam.
Akhirnya yang saya mampu teman + tolong drive ke pusat rekreasi.

Kalau sebelum ni semangat jugek join jogging, but this time we called 'cheat day' 😝😝

so harini tunggu di 'playground' sambil buku 'Semusim di Barzakh' menjadi peneman.

Saya enjoy!  Haha

Ya Allah,
pelihara hubungan ini hingga ke Jannatul FirdausMu.

#ZaAish

28 Februari 17

28 02 17 |  2159

sebelum tamat tempoh 28hb..

So here we go..One month 😜

May Allah Bless this relations till the very end.

Allahumma amiin..

#ZaAish

Tuesday, February 14, 2017

Trust.

When you hold someone, you put your arms round them, usually because you want to show them how much you like them or because you want to comfort them.

•AishysDiary

Sunday, January 1, 2017

It's 2017

Alhamdulillah a'la kulli hal

Today its the start of 2017

2016 was really a good year, surely gonna miss the memories that have been created with much joy, happiness, sadness, through thick and thin, ups and down.

and so much things that happened on April 2016

early April my sahabat introduced me to 'a friend'
16 April was my 23rd birthday
23 April he came to my house, and being a part of 'his'.
25 April is 'my friend's' birthday

How time flies, and we are now counting days.
looking forward for bright year of 2017

good bye 2016

and please be nice with me 2017 !

Happy New Year everyone
:)

Sunday, April 10, 2016

Observation day (minor)

okay harini observe utk subject minor buat kali kedua.

alhamdulillah

all is well.

may Allah Ease for the next observation (final)

thanksss lecturer, Encik Azman sudi membimbing
^^

I failed.

bismillah, walhamdulillah

harini dalam history
I made mistake. I guess.

buat adik usrah rasa cm..
idk.
bole jadi org yg sgt speechless tadi.

shes not in a good mood I guess
but I added something more as I thought it just to make them learn something.

try being serious, but I failed.
I made them felt sick.

Allah. like serious I have to do something.
and it is a MUST.

Friday, December 25, 2015

Air mata tubikk

Fuhh - fuhhhh - fuhhhhhh
Sambil lap screen n keybod dengan kain.
Habuk bersepai masuk mata
Lalu menangis lah dia sendirian
Padan muka.

Setahun biar tidoq ja. Takdak post pom.
Hadoi

2015.

Banyak kisah

Free2 nnti hamdet.

Hembus habuk dulu
Mcm anything else. Ade step by step dia
Sikit sikit nnti ade la isi tu

K, nak sabun kain lap habuk tadi

Wednesday, May 14, 2014

menyentuh sensitiviti . . .

kenangan.

melihat ramai adik2 lepasan SPM, STPM, Matriks yang datang ke IPGK Perempuan Melayu untuk menghadiri temuduga Program Persediaan Perguruan mengingatkan diri ini kembali kepada masa nak interview dulu,

merenung wajah ibu bapa peserta yang penuh pengharapan agar anak mereka dapat menjalani temuduga sebaiknya mengingatkan diri kepada mak ayah yang tunggu di salah sebuah pondok IPG Ilmu Khas sehingga lewat petang, menanti anaknya yang seorang ini sehingga selesai temuduga.

sekarang ni dah masuk tahun kedua degree.

Allah.
hw time flies

besarnya harapan mak ayah terhadap anak yang masuk bidang perguruan,
dan besar lagi harapan masyarakat agar setiap warga pendidik ini mampu mengubah generasi yang akan datang.
ubah, ke arah mencapai redha Allah

besarnya wehhh..tanggunggjawab !!! ><'
need rest. kepala penuh dengan macam macam isu
HAHAHAHA
**gelak sendiri merawat diri**

guys, doakan mereka, yang sudah mahupun bakal menghadapi temuduga
Moga Allah mudahkan urusan mereka

:)

assalamualaikum wbt





Monday, May 5, 2014

kau cakap ngan aku ke ?

bismillah,

erk !
almost setahun woi kau tinggai blog neh

wokay, bukak ni pun dok leh lama,
2 weeks to go before final

pray the best :)


Friday, July 5, 2013

hai ;)

salam wbt :)

sudah lama rasanya jemari ini tidak menyinggah di sini ..
rinduuu nak update blog .
kih kihh, rindu ker ?
tajuk memang OUT. tak tahu nak tulis ape..

okay,  result last semester already cme out.
n alhamdulillah, tak capai target tapi what you give you get back.
syukur. syukur, alhamdulillah ..

study takat tu, berserah pada Allah takat tu..
itu lah yang Allah bagi :)
yang terbaik untuk kita.

mungkin kalau kurang, kita jadi depressed yang amat sangat.
kalau lebih, mungkin akan timbul masalah berkenaan dengan hati cnthnya ..
riak etc..justeru, bersyukur dengan apa jua nikmat yang Allah beri.
mak ayah happy, itu yang saya inginkan :)
kepuasan diri, tolak tepi..lepas ni need to struggle more..insyaAllah..may Allah eases..

ni dah start sambung new semester . semester dua. penuh pancaroba :P
dah tiga minggu di maktab..dah banyak programmes berjalan dengan lancar..
untuk hari mendatang , perlu kekuatan supaya tidak lelah dalam kebizian dunia yang fana.
mohon dipermudahkan, tolong jgn " careless ye sha " :)

cerita cuti semester :)
for 3 weeks, memang wow..rase taknak balek maktab dah.
bukan sebab boring duk maktab ke ape, tapi disebabkan masa yang diperuntukkan utk berprogram semasa cuti itu lebih bermakna dan terkesan di hati rather than di maktab.
haha :)

cer teka program apa ? semestinya daurah :) 
alhamdulillah, utk kali ni lebih mendewasakan diri since diberi tanggungjawab menjadi pen. ketua rendah atas.
benarlah kata orang ' tanggungjawab merupakan amanah, dan ianya berupaya mematangkan dan mendewasakan seseorang ' :) alhamdulillah..

pegang budak kategori rendah bawah makes me ... feel .. ahaha i just cant express it by words.
hw do i feel ..sangat best.. ya Allah..peliharalah mereka selalu..







n yes, kini masih mencari something..
yang tak tahu ape bende tu, mohon dipermudahkan..

banyak bende jd utk mase tige minggu nih ..
smpai kadang tu rse stress out.

n kadang tu mcm nak ketuk pale sendiri, sbb buat keje tak ballance.
dunia semata, akhirat tolak tepi..

di samping sekiranya bekerja dgn org yg tidak begitu mengamalkan islam..
terkadang diri ini terlupa.

Allah, tolong ingatkan kalau terlupa..
jangan tolak diri ini jauh dari rahmatmu ya Rahman..



life isnt bout here only, but its about here and hereafter.
tak perlu sibuk dengan urusan dunia sehinggakan akhirat menjadi nombor 2..
tak perlu mengimpikan sesuatu yang indah di sini kerana yang lebih indah menanti di sana..

***************

series, penat..
kadang rasa nak quit !
but this is the way, i have and i need to face it .

nak balek. tp sebab ade lagi tanggungjawab yg perlu di settlekan di sini..
rindu masjid, tapi terpaksa bertahan kerana disini lebih memerlukn..

usrah, teringat something..
dulu, memang tak suke usrah..tak tau sgt ttg agama..
haha bajet sekolah agama, tp apa pun tarak ..

then, ade akak naqibah yg sangat berusaha pimpin diri ini..
setiap hr msge, stiap hari ajak dating (usrah)..
dan setiap hari jgk lah diri ini selalu refuse..takmboh join..
penat la, takde mase la..
tp Allah maha adil, di sepanjang waktu taknak join tu..
Allah bagi sesuatu yang buat ak rse..err join jela..
then dah lepas2 tu..jd tertarik dgn usrah..
dan sekarang, Allah hadirkan insan2 di sekeliling yg boleh pimpin ke arah-Nya..
'akak senior, akak naqibah, sahabat dunia akhirat, fc2 daurah, kanak2 ribena daurah '..
alhamdulillah :)


semoga berkekalan..
tak nak stop sampai sini..sebab..sangat jauh lagi perjalanan..
Allah, tolong pimpin diri ini..









Monday, June 24, 2013

Pendaftaran Pelajar Baharu

assalamualaikum wbt ;)

alhmdulillah,masih merasai nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam..

harini, Melaka cuti :)
seronok..dan seronok juge sebab lepas ni banyak kne cari masa untuk ganti.. penuhkan credit hours yang dah tertinggal tu..
pom !

orait, Melaka memang cuti..tp ceq tak cuti na~
pihak pengurusan HEP pn  cuti..
sebab ade pendaftaran pelajar baru :)

macam tak percaya, skang dah ade junior and super junior.
ahaks, dah besar. dah lame jgk la kire kn jd warga ipg ni..
tempat dimana saya memupuk minat dalam bidang perguruan..
tempat yang memupuk rasa cinta tentang ukhuwah..
dan disebabkan disini kesemuanya adalah kaum hawa , jadi biah solehah nya amatlah dasyat.
hehe, alhamdulillah ~

rite ni utk hari first..
pepagi lagi dah kne grak, uruskan yg mane patut..
asrama n semua bangunan sunyi..haha sebab cuti..

ipg kami menerima sebanyak 3 unit, Sejarah, Prasekolah and Pemulihan..total yang hadir just 38/58
klu tak silap..jumlahnya sangat sikit. tp oke.
senang nak jaga, akikiki :P

~selamat belajar menjadi murabbi yang solehah~ amiin

tadaa ~



[ kne pakai tudung srikandi aka tudung itik sepanjang tempoh orentasi ]
wakaka ~ comel















[ doktor pakai dalam bangunan. cikgu pakai luar bangunan ]
haha nampak tak jerebu belakang tu ?
its getting worst..ya Rabb, turunkan hujan..


and last je last jer..
tetibe i found this cute kanak-kanak :D
haha die buat muke ..suke hati jer jerit tatakkkk..habes satu kolej kediaman dengar
#oke tipu jer . haha



Sunday, June 23, 2013

its nisfu syaaban


assalamualaikum wbt :)




sekejap je mase, tak lame lagi Ramadhan..bulan yang mulia akan menjengah..

jom, tingkatkan amal..
moga setiap amalanmu diterima Allah..

Semoga Allah redha untuk setiap apa yang dilakukan kerana Allah
:)